Tuesday, August 13, 2019

NISA ORGANIC FOOD AND PRODUCTS

NISA ORGANIC FOOD AND PRODUCTS

Mengeluarkan produk makanan dan keperluan daripada sumber semulajadi  dan organik. Produk pertama adalah Kek Buah Kukus Klasik buahtangan Chef Danial.

Chef Danial menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa sedikit pun bahan pengawet dan pewarna. Rasanya begitu sempurna dengan resepi lama, kurang manis dengan penggunaan gula perang menjadikannya begitu sihat dan membekalkan tenaga untuk anda.

Sesuai untuk dimakan pada waktu pagi, mahupun setiap masa sebagai santapan berkhasiat, manisan yang istimewa atau hidangan untuk majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan, harijadi, ataupun meraikan sesuatu keraian, di mana jua.

Lawati
 www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery
 www.instagram.com/nisaouds_organicproducts



Friday, January 26, 2018

FELYSCHA: I.M A BIG GIRL!



NOUR FELYSCHA, puteri bongsu Nisa Ouds yang akan memasuki usia 9 tahun pada September tahun ini.

Selalu suka menganggap dirinya sudah besar dan meniru seperti apa yang orang dewasa suka lakukan. Apa yang bagus adalah Felyscha tahu apa yang diinginkan.

Cita-cita Felyscha adalah menjadi seorang doktor dengan gelaran DR. FELYSCHA. Felyscha juga sangat meminati bidang peragaan dan ingin menjadi SUPER MODEL dalam masa yang sama!

Di dalam gambar di atas, Felyscha baru sahaja memakai serum NISA*R NIGHT SERUM with SAFFRON (NNSS). Serum kegemarannya di antara 3 jenis serum yang telah NISA BEAUTY keluarkan. NNSS begitu selamat dan selesa pada kulit muda untuk mengekalkan kelembutan, kelembapan dan kesihatan terbaik. Felyscha sendiri cenderung untuk mencuba dan kini amat gemar memakainya tidak kira pada waktu pagi sebelum ke sekolah, waktu bersiar-siar mahupun ketika bercuti. Semalam beg tangannya hilang semasa bersiap untuk bercuti ke rumah kakak. Katanya itu beg yang berisi barang-barang peribadi yang sangat penting. Beg itu hanya berada di atas katil, terlindung di bawah jeans kakak! Kemudian barulah Felyscha senang hati untuk mendapatkan kakak sulung yang menunggu di tingkat bawah sejak beberapa minit.

Semoga Felyscha membesar dengan sentiasa riang dan gembira di bawah rahmat Illahi.

Assalamu alaikum dan selamat berhujung minggu!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3.8.2019

www,instagram,com/felyschanour

Nour Felyscha, gadis penjual Kek Kukus Klasik Chef Danial.
Boleh dapatkan melalui Nour Felyscha. Hubungi +60134291871 (WhatsApp Business)
Kek anda akan sampai ke pintu rumah anda terus dari dapur Chef Danial sendiri, Tidak kira di mana anda berada,

Friday, January 19, 2018

NISA*R EARS MOISTURIZER BLEU



Very nice moisturizer for your tiny beautiful ears. 99.9% organic ingredients : Oud, Aloe vera, Butterfly Pea Flower and Nisa Ouds secret ingredients.


Sunday, October 29, 2017

NISA*R NIGHT SERUM with SAFFRON (#NNSS)


Just launched 24 hours ago via www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery
--------------------------------------------------------------------------------------------

Can't wait every night to wear NNSS (NISA*R NIGHT SERUM with SAFFRON)
Experience it, you'll know it!
----------------------------------

November 10, 2017

Met my teenage best friend. We are ladies boss for our own cosmetic product. She said:

"You don't have any eye bag!"

Nisa Ouds:

" Don't have, because of oud!"

My friend,

"Oh"
---------------
Meetings.
Parkroyal Services Suites, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Arabian Lady:

"How old are you?"

Nisa Ouds:

"I'm 47"

She ask my age several times, and really excited wanted to see my face, my skin! That Arabian Lady still hard to believe my age. She really loves to ask many things about Nisa Ouds and NISA OUDS*R products.

Welcome to Malaysia!
---------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
14 Januari 2018

Assalamu alaikum dan salam sejahtera

Kita bercakap dalam bahasa kita yang lebih indah dan mesra! Bercakap mengenai NNSS yang kini sudah dikenali singkatan NNSS di kalangan #NisaOudsRregularcustomers yang cukup setia dengan setiap produk #NisaBeauty terutamanya. Penggemar gaharu yang mewah dan bahan organik yang alami, semulajadi.

Kini, bahan semulajadi menjadi 'trending' iaitu ikutan atau pilihan utama bagi yang mementingkan keaslian.

NISA*R NIGHT SERUM WITH SAFFRON atau NNSS adalah terlahir daripada gaharu dan Minyak Kelapa Dara yang pernah orang beli di Brazil padahal boleh di dapati dengan mudah daripada pokok kelapa tumbuh melata di bumi Malaysia. NNSS diperkayakan dengan khasiat Aloe Vera yang diketahui umum sebagai pohon penyembuh atau pohon ajaib, atau apa sahaja gelaran yang dinamakan, Kaya dengan Vitamin B12 yang paling bermanfaat untuk darah dan sel-sel tubuh badan kita. Saffron sebagai herba termahal di dunia memberi manfaat termewahnya dalam perawatan kulit terbaik. Minyak Zaitun Dara pula dipilih sebagai satu lagi bahan terbaik, pelembab terbaik yang menjanjikan kulit sihat dan cukup nutrisinya.

NNSS baik digunakan pada waktu malam ketika kulit mengalami pembaharuan sel setiap malam. Boleh juga digunakan bila-bila masa mengikut keperluan kulit anda. Merupakan produk kegemaran pencipta formula ini sendiri. Makanan kulit yang terbaik. Benar-benar istimewa dengan kebaikan gaharu yang sentiasa 'rare' dan unik.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, September 21, 2017



VIRGIN NISA*R

     Sejak kecil, Nisa Ouds terbiasa dengan minyak rambut nenda yang berbau jasmin. Minyak rambut buatan bonda pula daripada santan kelapa dan daun pandan. Wangi. Harum. Sedap baunya. Kebetulan keturunan kami keduanya lambat beruban. Jadi tidak berapa kisah tentang uban. 

     VIRGIN NISA*R dicipta sebagai formula Nisa Ouds sendiri dalam menggabungkan inspirasi daripada sebelah ayah yang kenal dengan Oud atau gaharu. Dipertingkatkan penggunaan Minyak Kelapa (idea dari formula sebelah ibu) dengan memilih kelapa yang muncul pertama kali dalam sebatang pokok atau dipanggil Kelapa Dara. Disesuaikan dengan Oud atau gaharu (dalam Bahasa Melayu) yang sememangnya hanya sekali sahaja Oud diambil daripada sebatang pohon jadi amat sesuai juga dipanggil Virgin Oud. Dimewahkan dengan Virgin Argan dan Virgin Olive Oil yang sangat bermanfaat kepada kulit kepala dan rambut.

     Silalah cuba! 
"Hanya rambut sihat"
("Just beautiful hair")

www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery
Hotline: +6011.2557.6371
WhatsApp: +6011.3831.4771


     Cara penggunaan VIRGIN NISA*R: Sapukan pada rambut dan kulit kepala selepas mencuci dan mengeringkan rambut. Kesan bau minyak adalah berbeza bagi setiap individu. Bau semulajadi. Lembut dan segar. Sesuai untuk setiap peringkat umur dan jenis rambut samada lurus atau kerinting, rambut bermasalah atau kulit kepala kering.

     VIRGIN NISA*R Hair Care memenuhi keperluan individu yang begitu mementingkan kesihatan rambut disamping kecantikan semulajadi dengan bahan-bahan alami 100%. Bagi yang sudah terbiasa dengan 'agarwood' atau gaharu ataupun OUD pasti lebih maklum akan nilainya. Tidak hairanlah VIRGIN NISA*R mendapat permintaan daripada penggemar-penggemar gaharu seluruh dunia walaupun harganya agak tinggi.

     Kata orang Melayu, "Alah membeli menang memakai". Itulah maksudnya. Walaupun harga sesuatu barang itu mahal dan sukar diperolehi, kebaikan daripanya tidak dapat disangkal. Mahal kerana nilainya, faedahnya kepada kita.

     Akan datang VIRGIN NISA*R mengandungi haruman Jasmin daripada pati bunga Jasmin. Sesuau bagi anda yang meminati bau Jasmin.

     VIRGIN NISA*R melengkapkan rangkaian penjagaan diri dalam siri NISA BEAUTY yang begitu mewah dengan bahan-bahan asli. Tanpa sedikit pun bahan tiruan, kerana diri kita perlukan yang terbaik.

      Produk terbaru bulan hadapan, Mac 2018

      FELYSCH HAIR CREAM

Untuk anda yang lebih suka kepada krim rambut.
Info terkini sentiasa dimuat naik di instagram;
@nisa_ouds_r_perfumery
@nisa_ouds_r_perfumery2
@arrogantbynisa
@haiyi_perfumes
@felyschanour





Wednesday, September 20, 2017

FELYSCH BABY SCENT

FELYSCHA FRAGRANCE

Wangian asli untuk bayi dan anak-anak anda. Ramuan asli daripada gaharu Malaysia yang paling lembut baunya diadun dengan Kasturi Putih. Menyamai bau bayi yang tidak ada sepertinya.



Boleh di dapati dalam saiz 3ml, 6ml atau 12ml untuk jenis minyak. 5ml dalam bentuk botol semburan untuk jenis kolon.



Lawati www.instagram.com/felyschanour

www.felyscha.blogspot,my

www.instagram.com/nisa_ouds_r_perfumery

Thursday, September 14, 2017

GAHARU SEBAGAI PENAWAR RACUN

   
    Berkata Abu Bakar Ar-Razi, "Telah berkata Ibnu Atta, ketika Nabi Adam telah memakan buah khuldi, iaitu buah yang terlarang di syurga, maka Allah telah mengusir Nabi Adam dan Hawa maka telah dijauhkan Allah S.W.T. dari diriNya kecuali pohon gaharu. Malah, pohon gaharu memberi teduhan kepada Nabi Adam A.S. Segala sesuatu menangisi Nabi Adam dan Hawa kecuali emas dan perak.

     Allah S.W.T. bertanya kepada emas dan perak: "Kenapa kamu berdua tidak menangis atas seorang kekasih yang diusir oleh kekasihnya?"

     Emas dan perak menjawab;"Wahai Tuhan kami, tidak wajar bagi kami menangisi seorang kekasih yang berbuat dosa kepada kekasihnya."

     Maka Allah S.W.T. berfirman, "Demi Kemuliaan dan KeagunganKu, akan Kumuliakan kamu berdua sebagai nilai harga kepada sesuatu, dan akan Kujadikan anak cucu Adam sebagai pelayan bagi kamu berdua.

     "Kemudian Allah S.W.T. bertanya kepada gaharu, "Kenapa engkau memberi teduhan kepada orang yang telah diusir oleh Tuhannya?"

     Pohon  Gaharu menjawab.

    "Sebagai belas kasihanku padanya."

      Maka Allah S.W.T. berfirman,

     "Demi Kemuliaan dan KeagunganKu, Aku mengazabmu di dunia dengan api. Tidak diambil manfaat daripadamu kecuali setelah engkau dibakar, kerana engkau telah melindungi orang yang telah berdosa pada Tuhanmu, di bawah Pengawasan dan PenglihatanNya."


      Banyak perkara yang dapat disimpulkan daripada sejarah pohon gaharu dari syurga sehingga kewujudannya di bumi. Pertama, pohon gaharu adalah satu-satunya barang yang berupa sebuah pohon yang menaunginya dari syurga ke bumi. Kerana belas kasihannya kepada Nabi Adam A.S., pohon gaharu telah dijatuhi hukuman dibakar di bumi untuk mendapatkan manfaatnya. Bermakna, pohon gaharu adalah sangat memberi bermanfaat kepada manusia. 

     Apabila dibakar, pohon gaharu menghasilkan minyak yang berbeza-beza gred dan nilainya. Pastinya lebih mahal daripada emas dan perak. 

     Satu manfaat yang ingin dikongsikan kali ini adalah manfaat gaharu yang boleh membuang racun di dalam badan.

     Allah S.W.T. berfirman:
     "Dan apabila aku sakit, Dialah Yang Menyembuhkanku" (Asyura: Ayat 80)

     Allah tidak menurunkan sebarang penyakit di bumi melainkan berpasangan dengan penawarnya. ini juga merupakan firman Allah yang Nisa Ouds akan cari sumbernya daripada Al Quran. (Sesungguhnya manusia itu tidak sunyi daripada penyakit lupa.)

     Minyak gaharu sukar diminum kerana kelikatannya, baunya yang wangi menusuk, dan sifatnya yang panas namun keperluannya cukup sekadar setitis untuk satu cawan air.

   Seseorang yang telah mengalami keracunan dalam tubuh badan, selagi kematian belum menjadi takdirnya, boleh diikhtiarkan dengan meminum minyak gaharu yang bercampur air, atau air wap daripada rebusan gaharu asli. (bukan kepada gaharu buatan atau yang terhasil daripada suntikan inokulan yang merupakan bahan kimia.)

     Kesan daripada meminum air yang mengandungi gaharu mengakibatkan seseorang itu membuang air dengan banyak. Namun itu adalah baik kerana racun akan keluar melalui sistem perkumuhan. Sebenarnya dengan muntah sahaja tidak mencukupi untuk mngeluarkan racun secara menyeluruh kerana racun sudah turun ke bahagian bawah tubuh iaitu usus, juga telah diserap ke dalam sistem saraf sejak berada di dalam perut lagi. Kerana itu ada di kalangan pesakit yang telah sembuh daripada keracunan masih lagi belum segar sepenuhnya kerana sebahagian racun yang masih tertinggal di dalam tubuh.

     Kebaikan gaharu adalah khazanah yang tidak ternilai yang masih tidak ramai menemuinya. Apa kata kita sama-sama menyebarkannya demi kebaikan bersama?

     JazakAllah khairan kathiro. (Kebaikan yang banyak ke atas kamu)